Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2020

PENDEKATAN DAN KAEDAH PENGURUSAN

Imej
CHEN HUI TENG (D20191087732) PENDEKATAN DAN KAEDAH PENGURUSAN Pengurusan boleh didefinisikan sebagai aktiviti yang teratur bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya sudah dikenal pasti (Ahmad Mahdzan, 2004). Pengurusan ialah suatu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner, 1984). Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi (Shukur, 1988). Pengurusan dan pembelajaran penting kerana pengurusan dapat menambahkan pengetahuan serta meningkatkan mutu amalan kerja guru.  Pendekatan Pembelajaran Berpusatkan Guru Kaedah pengajaran tradisional merupakan kaedah yang mula-mula digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada asasnya, kaedah ini adalah berkenaan dengan asas pengetahuan dan disampaikan...